Isnin, 22 September 2014

Asam Pedas Udang Dengan Terung Dayak

Bahan-Bahan:

500 gram udang galah
1 biji terung dayak (terung asam )
3-5 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 cm belacan

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit
garam dan serbuk perasa


Cara:

Cili merah,bawang putih,bawang merah, kunyit dan belacan ditumbuk halus. Terung dan bawang besar dipotong nipis-nipis. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan terung asam, 500 ml air dan serai, masak sampai mendidih, kemudian masukkan udang dan bawang besar.Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan selama 5 minit dan angkat, sedia untuk dihidangkan.

Kiriman: Flora Louis Lang