Rabu, 24 September 2014

Crispy Onion Ring

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 cawan tepung self raising
  • 3/4 cawan air sejuk
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 5-10 minit.
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas.
  3. Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos cili. Sangat enak dimakan pada bila-bila masa sahaja.
  5. ***Jika adunan/batter kurang pekat, sila tambah tepung.
Sumber Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com