Isnin, 22 September 2014

Nugget paprika

Bahan-bahan ( 20 - 25 ketul )

  • >>> Bahan asas <<<
  • 400gm daging ayam kisar (minced chicken meat)
  • 3 sdb oatmeal
  • >>> Bahan perasa <<<
  • 1 sdk serbuk paprika (paprika powder)
  • 1 sdk butter (cairkan)
  • ½ sdk garam
  • ¼ sdk serbuk jintan putih (cumin powder)
  • ¼ sdk serbuk jintan manis (fennel powder)
  • ¼ sdk serbuk lada sulah (white pepper powder)
  • >>> Bahan lain <<<
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit breadcrumbs (orange colour)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng (sebaiknya guna non-stick fry pan)
  • Sedikit tepung utk membentuk nugget.

Cara-cara

  1. Campur dan gaul rata semua bhn asas dan bhn perasa.
  2. Kemudian, dgn tangan beralaskan sedikit tepung, bentukkan nugget seketul demi seketul Letak nugget yg telah siap dibentuk di atas bekas yg ditaburkan sdikit tepung, agar tak melekat (boleh disimpan dlm peti jika mahu menggoreng >24jam).
  3. Utk salutan luar: Dalam satu bekas, kacau telur bersama garam. Kemudian letak breadcrumbs atas bekas/piring leper. Dlm pada itu panaskn kuali dgn api sederhana.
  4. Bila minyak dah panas, kecilkan api sedikit. Pastu celupkn nugget dlm telur kemudian salut dgn breadcrumbs, kemudian goreng nugget (masak dgn api sederhana/kecil). Bila dah kekuningan, angkatlah & boleh dihidang bersama sos tomato/cili sbg pencicah atau dimakan begitu sahaja.
oleh: alma