Selasa, 28 Oktober 2014

Resepi Easy red velvet cake

Ingredients

  • Bahan A:
  • 2 cawan tepung gandum/kek (sy guna superfine)
  • 1st baking soda
  • 1st baking powder
  • 2sb serbuk koko (sy guna 4sb)
  • 1st garam
  • Bahan B:
  • 2 cwn gula
  • 1 cwn corn oil (sy guna 3/4 cwn)
  • 2 biji telur A
  • 1 cwn buttermilk**
  • 2st esen vanilla
  • 1sm pewarna merah (boleh tambah ikut suka)
  • 1st cuka
  • 1/2 cwn air kopi panas
  • Topping:
  • 150g cream cheese (keluarkan dr fridge, biar 1 jam bg lembut so nnt topping smooth xberketul)
  • 30g butter (softened)
  • 60g gula icing
  • 1st esen vanilla
  • 1st pes/jus lemon (optional)

Instructions

  1. Panaskan oven suhu 160oC. Griskan loyang 8" dan tabur sikit tepung.
  2. Satukan dan ayak semua bahan A.
  3. Dalam mangkuk besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna merah. Kacau dgn whisk bg sebati.
  4. Masukkan cuka dan last sekali air kopi panas. Kacau sebati.
  5. Masuk tepung sikit2, kacau rata setiap kali lps masuk tepung.
  6. Tuang adunan dlm loyang. Bakar 45-60 min. Check lps 45 min (ada oven yg lebih panas). Jgn over-bake nnt kek kering!
  7. Dah masak, keluarkan dr oven. Biarkan kek dlm loyang sampai loyang dah suam. Keluarkan kek letak atas wire rack, biar sejuk.
  8. Utk topping: pukul cream cheese dgn gula icing hingga kembang (kaler putih). Masuk butter, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sebati.
  9. Trim sikit bhgn atas kek yg berkerak (kerak boleh simpan, nnt tabur atas kek wat deco). Potong kek jd 2 @ 3 layer. Lapiskan dan salut kek dgn topping cream cheese ikut suka.
  10. Sejukkan kek dlm fridge at least 4 jam. Semalaman lg sedap.
  11. **buttermilk: 1 cwn susu fresh + 1sb cuka @ jus lemon. Biar 10-15 min, baru kacau.

    Submitted By

Jom cuba resipi mudah kek Red Velvet

Ramai yang menggemari kek Red Velvet kerana ia enak dan mudah untuk dibuat. Namun malangnya ramai yang tidak tahu membuatnya.

Oleh itu kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua resipi mudah untuk menghasilkan kek kegemaran anda ini supaya anda boleh makan sepuas-puasnya.

Jadi jom ikuti resipi mudah ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:

120 gm mentega
240 gmgula kastor
2 butir telur
35 gm pewarna merah
20 gm serbuk koko
240 gm susu penuh krim
300 gm tepung gandum
3 camca cuka
1 camca serbuk penaik
¼ biji lemon-ambil jusnya

Cara Membuat:
  • Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan lembut.
  • Masukkan pewarna merah dan koko perlahan-lahan. Gaul sebati.
  • Tambahkan cuka dan serbuk penaik. Kacau rata. Ketepikan.
  • Masukkan telur, jus lemon dan tepung ke dalam adunan dan diselang-selikan dengan susu campuran soda dan cuka.
  • Masukkan adunan ke dalam Loyang, bakar dengan suhu 180 °S selama 60 minit.
Selamat mencuba dan menjamu selera!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Isnin, 27 Oktober 2014

Jom cuba Harum Manis Pisang

Bagi yang tidak pernah makan atau mencuba kuih Harum Manis Pisang mesti berasa pelik dan janggal apabila melihat kuih ini bukan.

Ini kerana kuih Harum Manis Pisang merupakan manisan yang berasal dari negara seberang Singapura. Kuih ini menggunakan pisang segar bagi membangkitkan kelazatan kuit itu dan paling menarik adalah ia mudah dibuat.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca semua cara-cara membuat kuih Harum Manis Pisang yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahannya:

350 ml air
300 gm gula Melaka
3 biji telur
200 gm gula pasir
350gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat
½ sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
50 gm mentega} dicairkan
8 biji pisang raja} dihiris bulat tipis.

Cara membuatnya:

• Masak gula Melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
• Pukul telur dan gula hingga naik.
• Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
• Masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula Melaka. Kacau adunan hingga sebati.
• Sapukan acuan-acuan keil dengan mentega dan tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan.
• Isikan separuh acuan sahaja dan letakkan hirisan pisang ke atas adunan
• Akhir sekali kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Resepi puding kismis lapisan gula merah

Ingredients
  • 1 paket agar2 strip 37@38g
  • 7 mug air
  • 1 sudu bsr esen vanilla
  • 6 biji gula batu
  • gula pasir ikut citarasa manis
  • gula merah ikut citarasa
  • (bahan yg perlu di blend - 4 biji telur,1 cawan kismis hitam tnpa biji, 1 cawan susu cair,1 c
Instructions
  1. cairkan agar2 strip.
  2. bahagikan kpd 2 bahagian.
  3. 1 bahagian letak gula merah dan 3 ketul gula batu.
  4. 1 bahagian lg mskkn bhn yg di blend tadi dan 3 ketul gula batu serta gula pasir.
  5. Kemudian sejukkan secara berselang seli.
Submitted By