Isnin, 27 Oktober 2014

Jom cuba Harum Manis Pisang

Bagi yang tidak pernah makan atau mencuba kuih Harum Manis Pisang mesti berasa pelik dan janggal apabila melihat kuih ini bukan.

Ini kerana kuih Harum Manis Pisang merupakan manisan yang berasal dari negara seberang Singapura. Kuih ini menggunakan pisang segar bagi membangkitkan kelazatan kuit itu dan paling menarik adalah ia mudah dibuat.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca semua cara-cara membuat kuih Harum Manis Pisang yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahannya:

350 ml air
300 gm gula Melaka
3 biji telur
200 gm gula pasir
350gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat
½ sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
50 gm mentega} dicairkan
8 biji pisang raja} dihiris bulat tipis.

Cara membuatnya:

• Masak gula Melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
• Pukul telur dan gula hingga naik.
• Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
• Masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula Melaka. Kacau adunan hingga sebati.
• Sapukan acuan-acuan keil dengan mentega dan tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan.
• Isikan separuh acuan sahaja dan letakkan hirisan pisang ke atas adunan
• Akhir sekali kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/