Kuasa laman sosial amat kuat dan mudah mempengaruh sehingga boleh
menjadi viral. Bukan sahaja gosip, malah makanan juga menjadi viral.
Terbaru, jeruk mangga muda asam boi kini menjadi bualan hangat di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
Oleh itu, disebabkan ramai yang ingin mencuba jeruk tersebut tetapi tidak tahu dimana mahu membeli, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah anda dengan resipi mudah ini yang dipetik dari Wanista.

Bahan-bahan
- 2-3 biji mangga muda ( saiz sederhana )
- 5-6 biji asam boi
- sedikit gula
- sedikit air masak jika perlu
- 3-4 tangkai cili padi
Cara-cara
- Kupaskan kulit mangga dan potong isi kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas.
- Hiriskan cilipadi sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi mangga yang telah dihiris.
- Masukkan 2-3 sudu gula. Jika ingin menjaga kesihatan, hanya perlu tambah secubit gula untuk rasa.
- Tambahkan asam boi dan gaulkan. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air masak.
- Masuk ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais semalaman.
Selamat mencuba!
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Ashraf Nasser | Tupai