Jumaat, 31 Oktober 2014

Biskut Berkhasiat

Bahan-Bahan:

113.4 gm mentega
¾ cawan gula perang
½ camca teh esen vanila
1 biji telur
½ cawan tepung berserbuk penaik
1 ½ cawan emping jagung
¼ camca teh garam
¾ cawan wheatgerm
1/3 cawan kelapa
1/3 cawan oat
113.4 gm kismis

Cara:

Pukul mentega bersama gula perang. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak, wheatgerm, kelapa, oat, kismis dan emping jagung. Kacau hingga rata. Cedok secamca adunan dan bulat-bulatkan. Tekan atasnya sedikit. Susun adunan di dalam dulang pembakar yang dilengser sedikit mentega. Bakar di dalam ketuhar 20 minit pada kepanasan 160 darjah.

Sumber: Majalah Jelita April 1992