Jumaat, 12 September 2014

Nikmati udang rangup ala restoran Jepun!

Nikmati udang goreng rangup bersama nasi panas pastinya menyelerakan anda sekeluarga untuk makan malam pada hari ini.

Balutan tepung yang garing dan rangup bersama daging udang yang lembut dan manis, wah nampak sedap bukan?

Namun, kadang-kala gorengan udang yang diharapkan menjadi selalunya menghampakan dan tidak seperti yang diimpikan.

Sekarang, anda boleh menghidangkan udang goreng rangup ala restoran Jepun sendiri!

Tak percaya? Nah, apa kata anda cuba lakukan resipi yang dipetik dari Vemale.com ini di rumah seperti berikut.

Bahan-bahan:
Setengah kilo udang bersaiz sederhana (dikupas & biarkan bahagian ekor)
½ sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk bawang putih
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk paprika
2 biji telur (dipukul)
1 cawan serbuk roti
Minyak sayur untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Gaul udang dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk bawang putih.
  2. Sediakan mangkuk yang berasingan untuk meletakkan telur dan serbuk roti.
  3. Kemudian sediakan mangkuk lain sebagai tempat untuk mencampurkan telur dan serbuk roti.
  4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.
  5. Masukkan udang ke campuran tepung lalu ke campuran telur pula.
  6. Goreng sehingga berwarna coklat keemasan.
  7. Udang goreng rangup ala restoran Jepun siap untuk disajikan.
Anda juga boleh menikmati udang goreng tepung ini dengan sos cili mahupun mayones, terpulang pada citarasa anda.

Selamat mencuba! 

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Rabu, 10 September 2014

Resipi mudah puding soya cincau

Selain segar dan melazatkan, cincau juga sangat bermanfaat dalam meredakan kepanasan dalaman yang terjadi pada tubuh lebih-lebih lagi pada cuaca yang terlalu panas.

Cincau enak diminum bersama bandung, sirap dan juga soya, namun ianya juga sesuai dijadikan bahan utama dalam hidangan pemanis mulut seperti puding soya cincau.

Ingin tahu bagaimana menghasilkannya?

Ayuh ikuti langkah berikut!

Bahan-bahan:

1 liter susu soya
1 bungkus (10 gram) agar-agar
200 gram cincau (dipotong dadu 1 cm)

Cara membuatnya:

1. Campur susu soya dan agar-agar ke dalam periuk dan dimasakkan sehingga panas dan mengeluarkan wap air (tidak perlu tunggu sehingga mendidih agar susu tidak hangus).
2. Kacau sehingga sebati dan rata.
3. Kemudian, letakkan ke dalam bekas ataupun loyang dan letakkan cincau yang telah dipotong tadi ke dalam agar-agar yang masih cair.
4. Biarkan sehingga dingin sampai mengeras dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
5. Potong dan sedia untuk disajikan.

Cepat dan mudah bukan resipi yang dipetik dari Vemale.com ini?

Selamat mencuba!

[Kredit foto: Love2Cook Malaysia]
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Resipi bebola tuna berintikan keju

Hidangan bebola umumnya memang digemari oleh semua golongan terutamanya kanak-kanak yang agak cerewet memilih makanan.

Bebola tuna yang diselitkan dengan inti keju didalamnya pastinya dapat membuka selera mereka untuk mencubanya.

Dengan resipi yang dipetik dari Vemale.com ini, pastinya anda dapat menghidangkannya kepada anak dan keluarga dengan mudah!

Bahan inti:

100 gram ikan tuna (direbuskan)
50 gram macaroni
1 sudu besar minyak sayur
1 sudu besar mentega (tidak bergaram)
½ ulas bawang besar (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
100 ml yogurt 'plain'
1 sudu besar tepung gandum
25 gram keju parut
Garam & lada putih secukupnya
Keju yang mudah meleleh (potong dadu)

Lapisan luar:

1 biji telur (dipukul rata)
50 gram serbuk roti

Cara membuatnya:
  1. Rebus macaroni dengan 1 sudu besar minyak sayur sampai masak dan diasingkan.
  2. Cairkan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya, kemudian masukkan macaroni, tepung gandum, yogurt, keju parut, garam dan lada putih, adun sehingga sebati dan angkat.
  3. Campurkan adunan macaroni dengan hirisan ikan tuna sehingga rata. Ambil 1 sudu besar adunan, letakkan keju di tengahnya, lalu buat bebola dengan bantuan lembaran plastik.
  4. Celupkan ke dalam telur, lalu disalutkan dengan serbuk roti dan goreng dengan minyak yang panas.
  5. Goreng sehingga garing, toskan minyak lebihan dan sedia untuk dihidangkan.
Tidak sulit bukan untuk membuatnya? Selamat mencuba!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Selasa, 9 September 2014

Puteri Mandi Mudah & Sedap

Bahan-bahan ( 7-8 org makan )

3 Cawan tepung pulut
Sedikit garam
Sedikit air untuk jadikan doh
Perwarna merah, hijau & oren (buat 4 warna)
1/2 biji kelapa parut
2 senduk gula (ikut citarasa)
Air untuk larutkan gula
Daun pandan

Cara-cara

  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
  2. Masukkan sedikit air (sedikit demi sedikit) dan gaul (dengan tangan yang bersih) sehingga tepung boleh di buat doh.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian & tambah perwarna ke setiap satu bahagian (di sini saya menggunakan perwarna hijau, merah, oren & original doh).
  4. Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya leper sedikit.
  5. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  6. Apabila doh tadi sudah TERAPUNG, angkat dan asingkan.
  7. Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
  8. Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati... Siap.... :)
oleh: hanahani5865