Bahan-bahan
- 7-8 keping roti
- * 500 ml susu segar @ 2 cawan
- * 4 sudu besar gula halus
- * 2 biji telur
- * 1 sudu teh esen vanilla
- * 1 sudu kecil serbuk cinnamon [ tak letak ]
- 2 sudu besar butter - cairkan
- 3 sudu besar kismis
Cara-Cara
- Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
- Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk Sos Kastard
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2 sudu besar gula
Cara-Cara
- Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
- Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
Selamat Mencuba..