Khamis, 17 Julai 2014

Sicilian Orange Cake

Bahan-bahan :
250g butter ~ suhu bilik
250g gula pasir 
4 biji telur size M
1 1/2 sk parutan kulit oren
250 g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85 ml jus oren

Bahan untuk aising :

125g gula aising
5 sk jus oren 

Cara-cara :

  1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  6. Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.
Selamat mencuba ^_^

Sumber : Hana Memories