Bahan-bahan ( 1 Loyang )
Untuk bahagian bawah500g ubi parut (diperah airnya)
150g gula timbang
200ml air
100g kelapa parut
1/2 sudu teh garam
Untuk bahagian atas
800g santan
40g tepung gandum
80g tepung beras
50g gula pasir
1/2 sudu teh garam
Cara-cara
- Untuk membuat bahagian bawah, satukan semua bahan-bahan dan digaul rata.
- Masukkan di dalam loyang bulat yang berukuran 20cm. Sapukan sedikit minyak di loyang.
- Kukus selama 30 minit.
- Untuk membuat bahagian atas, satukan semua bahan-bahan dan dikacau rata.
- Masakkan di atas api perlahan. Kacau supaya tidak bergentel dan masakkan sehingga naik wap.
- Tapiskan dan tuang ke atas bahagian ubi yang sudah di masak tadi. Bahagian ubi tadi hendaklah di cucuk sedikit dengan garfu supaya bahagian atas nanti tidak "lari" dari bahagian bawah.
- Tutup loyang dengan kertas timah supaya air wap tidak jatuh ke atas bahagian atas kukusan.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga bahagian atas masak.
- Keluarkan loyang dari kukusan dan sejukkan sebelum di potong.
oleh: sukamakan