Ahad, 11 Mei 2014

Sambal Goreng

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 5 orang makan )

BAHAN KISAR

  • 7 tangkai cili kering
  • 100gm udang kering
  • 3 biji cili padi atau lebih terpulang jika nak pedas menyengat
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • halia tua sebesar ibu jari

BAHAN ASAS UNTUK DIGORENG

  • 500gm udang basah
  • 5/6 ketul hati ayam dipotong2x ikut saiz kegemaran
  • 3 Ketul tauhu basah (dipotong & diasingkan)
  • 1 keping tempe dipotong nipis (dipotong & diasingkan)
  • 3 biji cili hijau besar (dihiris2x)
  • Kicap masin atau manis bagi menghitamkan sambal goreng
  • Lobak merah - optional
  • kacang panjang ikut suka nak letak berapa banyak (tapi ikut gambar tok kacang panjang dah habis hehehe) so takde
  • Bahan bertanda * digoreng dan diasingkan

BAHAN RENDAMAN

  • Suhun & Fucuk

Cara-cara

Tumis bahan kisar sehingga kering kemudian masukkan bahan bertanda * bersama suhun & fucuk yg sudah kembang, dan tambahkan kicap hitam atau kicap manis dan sayur2 optional. Campakkan gula & garam ~ tadaaaaaaaaa siap dah...leh mencekik bersama nasik putih panas & sambal belacan..

Resepi Bamia

BAHAN-BAHAN PERLUKAN:

  • 1/2 kg. Daging lembu atau kambing dipotong dadu.
  • 1/2 kg. kacang bendi dibuang tangkai, sekiranya panjang.
  • 1 biji bawang besar dibelah enam (vedges).
  • 1/2 lada hitam ditumbuk kasar.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar serbuk cili. (ikut kepedasan yang anda kehendaki- boleh juga gunakan cili kering kisar dalam 15 biji. Tetapi untuk complexion warna mamak haji pilih cili serbuk.)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar – goreng biji ketumbar dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih (sekinya tidak ada pes, gunakan 3 biji bawang putih dan 2cm halia ditumbuk halus).
  • 1 sudu kecil tomato puree.
  • 1/2 tin sup tomato (250gm).
  • 1/2 tin susu cair.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
  • 2 biji bawang dikisar dan jadikan 2 cawan air bawang.
Bahan untuk tumis: (sekiranya anda punyai garam masala, gunakan 1/2 sudu kecil dan tak perlu gunakan rempah penumis seperti dibawah ini.
  • 2 kuuntum bunga lawang.
  • 1 keping kulit kayu manis.
  • 5 bunga cengkih.
  • 5 biji buah pelaga.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Basuh daging dan potong kiub. Lumurkan daging bersama dengan sedikit garam, lada putih dan 1/2 sudu besar pes halia bawang putih. Biarkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Basuh kacang bendi dan potong tangkainya kalau terlalu panjang potong dua.
  3. Sediakan kuali. Bila kuali panas, masukkan minyak masak, bila minyak panas masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga. Bila rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan baki halia bawang putih dan bawang yang telah dipotong vedges. Layukan bawang.
  4. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili (peskan serbuk cili dengan sedikit ait sebelum masukkan, kacau sebati daging dengan rempah sehingga bangkit bau harum rempah. AWAS jangan sampai terbakar rempah.
  5. Masukkan segera daging yang telah peram. Kacau sebati daging. Kecilkan api dapur dan biarkan daging masak dengan air dagingnya. Tutup dengan penutup. Sekali sekala buka tudung dan kacau. Sekiranya air kurang untuk masak daging itu tambahkan. Masak daging ini dengan cara simmering/renehan. Sekiranya anda punyai “pressure cooker atau slow cooker” ia amat mudah lakukan.
  6. Bila daging telah masak 3/4, masukkan air bawang dan didihkan kembali. Air bawang adalah untuk dijadikan kuah. Bila air bawang mula didih dan daging sudah masak secukup, masukan sup tomato, susu cair dan garam secukup. sekiranya anda inginkan kuah pekat dan berlemak boleh tambah 100gm santan pekat dalam kuah tersebut. Biarkan kuah mereneh/simmering dan jadikan kuah pekat. Awas dengan daging. Sekiranya anda takut daging akan lerai, mulakan dengan daging 3/4 masak.
  7. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan masak dengan api dapur kecil selama 10 minit lagi. Bamia anda telah siap. Anda boleh hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar diatas hidangn anda. Wassalam.
semua

Resepi Serunding Ikan

Bahan-Bahan:

1 kg ikan tenggiri/kembung/sardin
1 ½ biji kelapa (ambil 1 ½ cawan pati santan)
2 keping asam gelugur
2 camca kecil garam
2 camca kecil gula

Bahan giling/kisar:

15 tangkai cili merah
4 sm halia
15 bawang merah atau 5 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

Kukus ikan hingga masak dan sejukkan pada suhu bilik. Asingkan dari tulang isinya kemudian dilecek sedikit.

Satukan kesemua bahan dalam kuali. Masak atas api sederhan selama 5 minit sambil dikacau. Kecilkan api dan kacau berterusan sehingga betul-betul kering.

Sedia untuk dihidangkan.

Spageti Oliu Udang

Bahan-bahan:

1 bungkus spageti
4 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar
3 tangkai daun pasli – dicincang
600 ml air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan-bahan untuk ditumis:

8 ulas bawang putih – dicincang
10 ekor udang

Cara menyediakan:

  1. Satukan spageti dan air dalam periuk. Rebus spageti dengan sedikit garam selama 15 minit atau sehingga spageti lembut.
  2. Angkat dan tuskan spageti.
  3. Kemudian, gaulkan spageti dengan sedikit minyak zaitun.
  4. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang putih sehingga garing dan naik bau.
  6. Masukkan udang dan gaul sebati.
  7. Selepas itu, masukkan spageti dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  8. Akhir sekali, taburkan lada hitam dan daun pasli.
  9. Angkat dan hidangkan panas-panas.