Selasa, 20 Mei 2014

Nasi Halia & Ayam Masak Merah

Sumber : Cik Mat & Kak Ummi Kuantan

BAHAN-BAHANNYA :


  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toska
  • 1 liter air
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • 1 1/2 inci halia, dihiris nipis
  • 1 kiub ayam "Maggi"
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka... (tak sempat nak cari-malas noi nak g pasar hujan2 nih)

Ayam Masak Merah


Sumber : Cik Ani

Bahannya
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 3-4 helai daun pandan
  • 3-4 s/b lada kisar bergantung
  • 2-4 s/b bwg kisar
  • 3 s/b sos tomato
  • sebesar ibu jari belacan
  • gula/nisan secukupnya
  • garam secukupnya
  • 1 kg ayam (digoreng garam + kunyit 1/2 msk)
Caranya
  1. Tumis halia, bwg putih dan daun pandan hgg naik bau.
  2. Masukkan lada kisar, tumis hgg garing. (kalu tak garing katenye sakit perut)
  3. Masukkan pula bwg kisar, goreng hgg sebati.
  4. Masukkan sos tomato, gaul rata dan diikuti sedikit belacan, gula dan ayam.
  5. Perasa garamnye siap.

Isnin, 19 Mei 2014

Kung Poa Chicken

Bahan A
  • Isi ayam - potong tecik2
  • Tepung jagung
  • Garam
Cara
  1. Gaul isi ayam ngan tepung jagung dan garam....gorengkan sekejap

Bahan B
  • Kacang gajus - gorengkan (kalo taknak pun takpe) -kite takde stok
  • Cili kering - dikerat2
  • Bwg besar kaler kuning - potong dadu
  • Bwg putih } tumbuk halus
  • Halia }
  • Cili capsicum/benggala - hiris panjang2
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sedikit air
Cara
  1. Panaskan sedikit myk, goreng cili kering hingga garing...ketepikan
  2. Masukkan halia dan bwg putih, tumis hingga wangi
  3. Masukkan cili kering goreng, capsicum, ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air biar berkuah sedikit dan garam ciput
  4. Last masukkan kcg gajus jika suka.

Ahad, 18 Mei 2014

Ayam asam Manis

Bahan Kisar
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 biji bwg merah
  • 1/2 inci halia
  • 2 biji lada besar
  • 1 btg serai (diracik)
  • air asam jawa
Bahan
  • 2 keping dada ayam (dipotong kecil)
  • 3 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos cili
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak
  • lada paprika
Caranya
  1. Goreng ayam setengah masak, angkat dan tinggal sedikit minyak untuk menumis.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan gula, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  3. Goreng rata dan masukkan ayam serta biar seketika.
  4. Perasa garam dan masukkan lada paprika. Siap.

Ayam Masak Asam Kicap

Bahannya
  • 5-6 ketul ayam (gaul garam+serbuk kunyit+serbuk bwg putih)
  • 1 biji bwg besar yg warna kuning ] dimayam
  • 3 ulas bwg putih ] diketuk
  • 2 s/b lada kisar
  • 2 s/b bwg kisar
  • 1 s/b halia kisar
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 2-3 s/b kicap manis
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 s/b kicap masin
Caranya
  1. Goreng ayam setengah masak, ketepikan.
  2. Tumis bwg besar bersama bwg putih sehingga naik bau. Masuk sos tiram dan cili kisar, goreng rata.
  3. Masuk kicap dan diikuti air asam jawa.
  4. Masukkan ayam dan goreng hingga kuah pekat. Perasa garam. [hati2 ya ayam tu dah masin]
  5. Siap. Simple kan.