Khamis, 25 September 2014

Bergedel Makanan laut

Bahan-Bahan:

200 gm isi ikan kurau,dikisar lumat
200 gm udang sederhana
1 camca teh garam
2 camca teh minyak bijan
3 camca teh sos tiram
1 camca teh tepung jagung

2 ulas bawang putih, dihiris halus
3 tangkai daun bawang, dihiris halus
½ cawan cendawan butang, dicincang halus
5 camca besar lobak merah parut
Sedikit mentega untuk menggoreng


Cara:

Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul is hingga sebati. Bulat-bulatkan adunan anggaran 1 cm tebal dan tekan sedikit supaya leper. Panaskan mentega dan goreng bergedel menggunakan api sederhana hingga ia kuning. Angkat.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil :43

Calong/Sup Bebola Ikan Terengganu

Bahan-Bahan:

Ikan Tenggiri atau Selayang/Sardin atau kembung
Secubit Garam


Bahan A
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis

Air
Garam
Serbuk perisa (jika suka)
Suhun dan fucuk(jika suka)
Kentang dipotong dadu (jika suka)


Cara:

Cara membuat bebola ikan:
Jika menggunakan ikan tenggiri, potong ikan berbentuk kiub/dadu.
Jika ikan sardin/kembung,siang ikan, buang perut dan kepala. Bersihkan ikan, hiris isi ikan dari arah ekor ke kepala. Ambil isinya dan buang tulang besar.

Dengan dry mill blender/pengisar kering, kisar ikan ini. Jangan tambah air.Ikan dan garam disatukan, kemudian bulat-bulatkan adunan ikan ini. Buat hingga habis dan ketepikan.

Cara Membuat Sup:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau. Setelah naik bau tumisan masukkan air dan kentang. Tunggu hingga menggelegak, baru masukkan bebola ikan. Suaikan rasa sup ini dengan memasukkan garam/serbuk perisa. Masukkan suhun dan padamkan api.


Cadangan Hidangan:

Enak dimakan bersama nasi panas.

Kiriman: MaMaHaFizAiMaN

Rabu, 24 September 2014

Asam pedas utara

Bahan-bahan ( family )

  • 4 ekor ikan
  • 7 tangkai cili kering
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 ulas bwng putih
  • daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 keping asam keping
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • 4 gelas air
  • 2 batang serai

Cara-cara

  1. blender cili kering,bwng besar,bwng putih n belacan sampai hancur.
  2. masukkan air dlm periuk n bhn yg di blender td bersama daun kesum,serai n bunga kantan yg dah siap dibelah 2.
  3. rebus hingga air sedikit didih.
  4. bila dah didih masukkan ikan n asam keping tadi.
  5. last skali msukkan garam n kacau sekali lalu.
oleh: salwa850710

Butter Prawn Pedas

Bahan-Bahan:

Udang Besar/Udang Galah 1kg
Cili Merah 1 tangkai (dihiris-potong serong)
Cili Padi 9-10 tangkai (dihiris-potong serong)
Bawang Besar 4 biji (dihiris)
Bawang Putih 2 ulas (dihiris)
Mentega 1 buku
Daun Kari 2 tangkai
Tomato Saiz kecil/sederhana 1 biji (dipotong dadu)
Telur 1 biji
Susu tepung 2 sudu makan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara:
  1. Udang dibersihkan dengan memotong separuh bahagian kepala. Kulit jangan dibuang.Basuh dan toskan airnya.
  2. Lumurkan bersama kunyit dan garam dan biarkan seketika.
  3. Gunakan mentega untuk menggoreng udang tersebut.
  4. Apabila telah garing dan kekuningan, barulah diangkat dan diketepikan. Jangan diangkat selagi belum garing.
  5. Dengan menggunakan baki minyak mentega tadi, masukkan bawang besar yang telah dihiris.Goreng seketika.Sehingga garing. Barulah dimasukkan bawang putih, cili merah dan cili padi bersama-sama daun kari.Goreng seketika sehingga naik bau. Masukkan tomato.
  6. Masukkan kembali udang yang telah digoreng tadi.Gaul rata.
  7. Masukkan telur ayam tadi ke dalam masakan. Gaul kembali dengan cepat sehingga menyaluti kesemua udang.
  8. Taburkan susu tepung tadi.
  9. Bolehlah diangkat.
Cadangan Hidangan:

Sesuai dimakan dengan nasi putih panas/nasi beriani.

Kiriman: Azfahani Ahmad