Ahad, 8 Jun 2014

Sayur Campur Teriyaki

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

secekak sayur buncis,dipotong menyerong.
5-6 batang jagung muda,dipotong menyerong.
separuh capsicum hijau besar/sebiji yang sederhana,dipotong menyerong.
sebatang carrot,dihiris menyerong.
1/4 biji broccoli,dipotong kepada pokok2 kecil.
1 biji cili merah,dihiris menyerong.
5-6 biji mushroom supermario aka cendawan butang yang fresh,dihiris nipis.
1 labu bawang besar,dihiris.
2 ulas bawang putih dihiris.
2 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar sos teriyaki.
garam (jika perlu).
1/2 sudu serbuk lada hitam.
sedikit air.

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang & bawang putih hingga naik bau.Masukkan cili merah,kacau
  2. Masukkan mushroom dan kacau skejap.masukkan air sedikit untuk melembutkan mushroom.Inilah rope mushroom supermario yang fresh.berbeza rasanya jika guna yang dalam tin..
  3. Lepas agak2 mushroom lembut,masukkan sayur2.mulakan dengan yang keras dulu seperti carrot dan jagung,pastu buncis dan seterusnya.Kacau sebati.Masukkan air sedikit untuk melembutkan sayur.
  4. Bila agak2 sayur2 hijau dah berubah kepada bright green,boleh la masukkan sos tiram,sos teriyaki dan serbuk lada hitam.kacau.jika perlu,baru tambah garam sebab sos2 berkenaan dah agak masin.
  5. Masak sayur ni jgn terlalu lama,klu lembik tak sedap.guna api kuat dengan cara stir fry.
  6. Siap untuk dihidangkan besama nasik.
oleh: purplerossa

Biskut Ayam

Bahan-Bahan:

100 gm tepung gandum.
1 kiub pati ayam.
60 gm mentega.
100 gm kentang berperisa ayam (potato crips), dihancurkan.

1 biji kuning telur.
2 camca besar susu segar.
1 camca besar susu segar (untuk disapu).
2 camca besar bijan.


Cara:

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Gaul dan ramaskan pati ayam bersama mentega hingga rata. Masukkan serbuk kentang, telur dan susu. Uli menjadi doh. Bungkus adunan dengan plastik dan simpan 30 minit di dalam peti sejuk. Kemudian canai doh dan potong segi empat 2 cm. Susun di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Sapu sedikit susu di atas adunan dan tabur bijan. Bakar pada suhu 190'C hingga keperangan.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil. 42

Roti Telur Nyummy...

Sangat mudah disediakan dan lazat..sangat sesuai untuk sarapan pagi atau bagi mereka yg berdiet.

Bahan-bahan (2@3 orang makan)

  • 1 bungkus roti potong (gardenia).Guna dlm 7-8 keping.
  • 1 bungkus daging burger ayam (Ramly).Guna dlm 3-4 keping
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis / dadu
  • 1 tangkai daun sup di potong halus.
  • 2-3 biji telur ayam (ikut size)
  • Sedikit serbuk lada hitam (kalau suka pedas letak lebih)
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit air sejuk / masak

Cara-cara

  1. Masak daging burger secara separuh masak sahaja.Kemudian toskan minyaknya.
  2. Gunakan lebihan minyak di atas untuk menumis bahan-bahan yg lain.Gunakan sedikit sahaja.
  3. Masukkan bawang,tumis sehingga naik bau dan wangi serta kekuningan.Masak menggunakan api yg sederhana.
  4. Masukkan serbuk lada putih dan lada hitam.Gaul sebati bahan-bahan tersebut.
  5. Masukkan daun sup untuk menambah aroma yg wangi dalam bahan masakan.
  6. Akhir sekali angkat bahan-bahan tersebut dan sejukkan sebentar.Sambil itu potong daging burger secara memanjang.
  7. Letakkan daging burger secara menyerong kerana mudah untuk digulung bermula dengan bentuk segitiga.Letakkan bahan-bahan yg telah ditumis tadi di atas daging burger.
  8. Awas,jangan letak terlalu banyak bahan kerana susah untuk di gulung.Basahkan hujung roti dengan air untuk melekatkannya.
  9. Ulang proses ini sehingga selesai.Seterusnya,sapu telur di bahagian luar roti.Panaskan kuali dan boleh di bakar / goreng roti tersebut.
  10. Akhir sekali,sapu roti dengan sos cili untuk kelihatan menarik atau untuk extra pedas.Lebihan telur jangan dibuang.Boleh buat telur dadar. Selamat mencuba...

oleh: Addriene_Adriana

Fish and Guacamole Tortillas

Bahan-bahan ( untuk 4 orang )

  • 8 fish fingers(jejari ikan)
  • 1 avocado,cincang kasar
  • 1 tomato,potong kiub kecil
  • 1 lemon @ limau nipis(ikut suka rasa masam)
  • 8 mini tortillas
  • 1 1/2 cawan hirisan iceberg lettuce

Cara-cara

  1. Panaskn oven(200c),alaskn tray dgn baking paper dan bakar jejari ikan selama 8 minit atau sampai kuning keemasan.
  2. Masukan avocado ke dlm bekas dan lenyek dgn garfu hingga hancur.Campurkan tomato yg dipotong kiub kecil,1 1/2 sudu makan jus lemon.Perasa kan dgn garam dan pepper,gaul rata.Campuran bahan ini dipanggil "Guacamole".
  3. Panaskn tortillas(following the packet directions).Letakkan sekeping tortillas ke atas pinggan rata,ambil sedikit hirisan lettuce dan letak 1 jejari ikan bersama 1 sudu mkn guacamole.Lipat bahagian bawah tortillas,dan gulung dgn kemas.Sedia dihidang..
oleh: norah