Ahad, 8 Jun 2014

Roti Telur Nyummy...

Sangat mudah disediakan dan lazat..sangat sesuai untuk sarapan pagi atau bagi mereka yg berdiet.

Bahan-bahan (2@3 orang makan)

  • 1 bungkus roti potong (gardenia).Guna dlm 7-8 keping.
  • 1 bungkus daging burger ayam (Ramly).Guna dlm 3-4 keping
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis / dadu
  • 1 tangkai daun sup di potong halus.
  • 2-3 biji telur ayam (ikut size)
  • Sedikit serbuk lada hitam (kalau suka pedas letak lebih)
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit air sejuk / masak

Cara-cara

  1. Masak daging burger secara separuh masak sahaja.Kemudian toskan minyaknya.
  2. Gunakan lebihan minyak di atas untuk menumis bahan-bahan yg lain.Gunakan sedikit sahaja.
  3. Masukkan bawang,tumis sehingga naik bau dan wangi serta kekuningan.Masak menggunakan api yg sederhana.
  4. Masukkan serbuk lada putih dan lada hitam.Gaul sebati bahan-bahan tersebut.
  5. Masukkan daun sup untuk menambah aroma yg wangi dalam bahan masakan.
  6. Akhir sekali angkat bahan-bahan tersebut dan sejukkan sebentar.Sambil itu potong daging burger secara memanjang.
  7. Letakkan daging burger secara menyerong kerana mudah untuk digulung bermula dengan bentuk segitiga.Letakkan bahan-bahan yg telah ditumis tadi di atas daging burger.
  8. Awas,jangan letak terlalu banyak bahan kerana susah untuk di gulung.Basahkan hujung roti dengan air untuk melekatkannya.
  9. Ulang proses ini sehingga selesai.Seterusnya,sapu telur di bahagian luar roti.Panaskan kuali dan boleh di bakar / goreng roti tersebut.
  10. Akhir sekali,sapu roti dengan sos cili untuk kelihatan menarik atau untuk extra pedas.Lebihan telur jangan dibuang.Boleh buat telur dadar. Selamat mencuba...

oleh: Addriene_Adriana