Khamis, 12 Jun 2014

Tauhu Ayam Kukus Goreng

Bahan2

300 gram isi ayam.
3 keping tauhu biasa.
1 keping tauhu lembut (yg dalam kotak 4 segi tu).
2 biji telur B
1 biji bawang besar ~ cincang sedikit hirisan daun sup & daun bawang.
1 biji cili merah ~ buang biji & cincang halus lada sulah secukupnya garam secukupnya.

Bahan lain

1 biji telur ~ dikocok minyak masak secukupnya.

Cara menyediakan
  1. Kisar isi ayam, tauhu biasa & tauhu lembut sehingga halus menggunakan pengisar kering.  Gaul sebati kesemua bahan kisar bersama 2 biji telur, bahan hiris & bahan perasa.  Masukkan dalam loyang & kukus sehingga masak. 
  2. Sejukkan tahu sebentar kemudian bolehlah dipotong ikut saiz disukai. 
  3. Panaskan minyak masak, celupkan tauhu dalam telur yang dikocok & masukkan dalam minyak panas. Ulangi satu bersatu & gorenglah tauhu hingga keemasan. 
  4. Hidang tauhu dengan sos cili pilihan atau sambal kicap.  Terangkat!!
Selamat mencuba!