Isnin, 9 Jun 2014

Cream Cheese Spirals

Bahan-bahan ( 16 biji )

BAHAN DOH:-

110 g mentega
110 g cream cheese
120 g tepung gandum
2 camca besar gula aising

BAHAN DI INTI:-

20 g kacang walnut, dikisar sederhana halus
20 g kacang badam, dikisar sederhana halus
50 g gula perang (brown sugar)
1/2 camca teh serbuk kayu manis

BAHAN LAIN:-

1 putih telur
Gula aising secukupnya

Cara-cara

  1. Dalam satu bekas, dengan menggunakan wisk, kacau mentega, cheese dan gula aising hingga sebati dan sedikit kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan hingga tepung habis dan adunan tidak melekat di mangkuk. Jgn bimbang jika adunan agak lembut.
  2. Bulat2kan doh tadi dan leperkan sedikit, bungkus dgn menggunakkan plastik cling dan sejukkan 40 minit - 1 jam dalam peti ais.
  3. Sementara itu satukan semua bahan2 inti dan gaul hingga rata. Keluarkan doh dari peti sejuk, tabur tepung pada papan pencanai dan canai doh berhati2 sehingga menjadi bulatan berukuran 11 inci...
  4. Sapu dgn putih telur hingga rata dan tabur bahan2 inti hingga memenuhi permukaan doh. Dgn pisau yg dicelup dgn tepung, bahagikan bulatan tadi kepada 16 bahagian yg sama besar.
  5. Dengan berhati2, gulung potongan tadi dari bahagian luar ke dalam. Gunakan pisau bercelup tepung utk melonggarkan bahagian bawah doh masa menggulung.
  6. Perlahan2 pindahkan gulungan tadi ke atas dulang pembakar yg telah disapu dgn sedikit mentega. Sapu dgn kuning telur (kalau suka).
  7. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 15 - 20 minit. Begantung pada keadaan oven masing2. Sejukkan atas redai hingga dingin. Ayak gula aising sebelum dihidangkan.