Khamis, 12 Jun 2014

Jelly buah ala Marigold

Bahan-bahan ( 20-22 bekas kecil )

  • 20 gram serbuk agar-agar @ instant jelly
  • 500 gram gula
  • 2 liter @ 8 cawan air
  • 4 biji epal hijau @ 1 tin buah buahan dalam tin
  • sedikit pewarna (jelly dlm gamba menggunakan warna hijau)

Cara-cara

  1. potong epal kepada 8 bahagian setiap biji. ambil 1 biji epal dan blender dengan sedikit air. epal yg sudah dipotong boleh direndam dengan air yg dicampurkan garam atau gula untuk mengelakkan epal bertukar warna.
  2. gaulkan gula dan serbuk agar agar
  3. panaskan 2 liter air sehingga mendidih
  4. kecilkan api dan masukkan sedikit demi sedikit agar agar yg di campur dengan gula sehingga habis. kalo dimasukkan sekali gus akan menyebabkan agar agar berketul ketul.
  5. ambil 3 cawan dari campuran agar agar tadi dan masukkan ke dalam periuk lain.
  6. periuk yg berisi 3 cawan agar agar tuh dimasukkan epal yg telah diblender dan pewarna. panaskan sehingga mendidih sebentar dan tutup api. periuk yg utama tadi, jgn padamkan api, cuma maintainkan api yg kecik supaya agar agar tidak membeku.
  7. masukkan agar agar berwarna tadi kedalam bekas kira kira 1/4 - 1/3 dari bekas. buat sehingga habis. biarkan sebentar menjadi keras sedikit.
  8. lapisan berwarna tadi sudah keras, letakkan buah buahan diatas nya.
  9. tuangkan agar agar yg tidak berwarna ke atasnya sehingga 3/4 bekas. mengikut pengalaman, buah buahan akan terapung dipermukaan.
  10. sejukkan dan siap untuk dihidang.
  11. pandangan sisi jelly buah
  12. buah buahan yg hendak diletakkan dlm jelly boleh didadukan untuk memudahkan memakannya.
oleh: fubai