Bahan-bahan (Hidangan untuk 5 orang makan)
BAHAN TUMISAN- * 3 batang serai dititik / kayu manis / bunga lawang / bunga cengkih / buah pelaga / jintan manis / jintan putih / ketumbar (semua bahan2 ni adalah alternatif jika salah satu bahan2 penumis ni tiada pon tak mengapa, kdg2 kat kL ssh nak cari betul tak?)
- 5 biji bawang merah / 5 biji bawang putih / kunyit hidup sebesar ibu jari / sedikit lengkuas / halia sebesar ibu jari
- BAHAN ASAS
- 1. Ayam carik (selepas direbus & digoreng)
- 2. Ketupat segera
- 3. Bawang Goreng
- 4. Taugeh disiram air panas
- 5. Kacang Goreng
- 6. Sambal kicap ( kicap manis, gula, bawang putih, cili padi diblender )
- 7. Begedil (Rujuk Resepi Begedil Tok yg senang nanti Tok Tuliskan ye)
- Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
- Rebuskan ayam ke dalam ukuran 4/5 mangkuk air (Rebus dalam kira-kira 10 minit je takpe)
- Selepas ayam Empuk asingkan ayam daripada air rebusan tadi. * Jangan buang air rebusan ayam ~ berguna untuk sup.
- Ayam yang dah ditoskan tadi disadur dgn kunyit dan sedikit garam & digoreng. Biarkan sejuk untuk tujuan mencarik. (Tulang ayam jgn dibuang tapi disimpan untuk dimasukkan dalam sup pula).
- Tumiskan bahan tumisan / batang serai & bahan kisar didalam 1 sudu makan minyak (jgn byk2 minyak) jaga kesihatan, kalau nak sihat pakai minyak zaitun. Sehingga Naik bau Masukkan tulang tulang ayam & rebusan ayam serta sup BunJut. Setelah menggelagak masuukan garam & Gula kemudian rasa.. Tadaaaa...dah siap.
- Setelah siap semua proses. potong ketupat dan letakkan bahan-bahan hiasan seperti bawang goreng & kacang.
oleh: OnyangDeKetom