Ahad, 4 Mei 2014

Resepi Buat Sendiri Ais Krim

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 cawan susu.
  •  1/4 cawan air ais.
  • 1/4 gula icing/halus.
  • 1 sudu besar (tbsp) gelatin HALAL yg tiada perasa.
  • 1 sudu besar vanilla.
CARA MEMBUATNYA:
  1. Adunkan gelatin pada 1/4 cawan air ais dgn taburkan sedikit demi sedikit di permukaan air ais. Biarkan gelatin ini menyerap air, tak perlu dikacau.
  2. Panaskan 1/2 cwn susu di dlm kuali dgn api dapur yg sederhana. Sentiasa kacau susu sehingga didihan berlaku disekeliling kuali anda. Jgn sampai susu ini terbakar yea.
  3. Keluarkan susu panas tadi dan masukan dlm mangkok adunan. Masukkan gelatin yg dicairkan. Pukul/whisk adunan itu sehingga gelatin adun dgn sempurna.
  4. Masukkan gula icing dan vanilla dan sambung balik pukul sebatian ini. selepas gula sebati, tuang adunan dlm bekas yg sesuai dan masukkan dlm peti sejuk selama 90 minit. Selepas 90 minit keluarkan adunan ini dari peti sejuk dan ambil mangkok adunan yg boleh memuatkan bekas adunan tadi (mcm double boiling) Masukkan air ais dlm mangkok ini dan masukan pula bekas adunan tadi. Sejukkan adunan ini selama 30 minit dengan air ais tadi. kacau adunan ini sekali-sekala dgn whisker tangan atau elektrik.
  5. Selepas 30 minit keluarkan adunan itu dari bekas air sejuk dan pukul/whisk adunan ini dgn pengadun letrik yg kelajuan yg tinggi sehingga adunan ini terbentuk pekat dan gebu seperti ais krim.
  6. Anda boleh tambahkan apa saja perasa seperti coklat atau perasa jagung dlm adunan ini. Selamat mencuba.
sumber dari : http://balannambiar.wordpress.com/

Resepi Ikan Kunyit Berserai

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
10 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
2 gram serbuk lada hitam (dikisar)
6 helai daun pudina
1 tangkai daun kesum
2 biji tomato (dibelah 2)
1 tangkai ciii hijau
1 tangkai ciii merah
100 gram bunga kobis
1 batang kacang panjang (dipotong 1 cm)
125 ml perahan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu cili kisar – tambah/kurangkan ikut pedas anda

Cara Penyediaan:

Campurkan bahan-bahan yang dikisar iaitu cili kisar, serai, dan halia bersama garam, gula dan perahan jus asam jawa.

Letakkan ikan di atas loyang di dalam periuk kukus. Kukus ikan tersebut sehingga masak.

Apabila ikan sudah masak, masukkan pula buah tomato bersama cili, bunga kubis dan kacang panjang.

Taburkan daun pudina dan daun kesum. Kukuskan lagi selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

sumber dari : http://www.resepi4u.com/

Manggo Lassy

(* Resipi oleh Chef Azrin Zainol dari Sweet Azza Sdn. Bhd., Lot 32602-B, Jalan 1/45A, Taman Kok Lian, Batu 5 off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur)

(Hidangan untuk 3 orang)

Bahan-bahan:

2 cawan air
3 biji mangga masak – dikisar halus
1 cawan gula pasir – dikisar halus
1 cawan yogurt
½ tin air Sprite / 7 Up
½ cawan sagu biji – direndam dan dimasak sehingga jernih
1 mangkuk ais kiub

Cara menyediakan:

  1. Mangga dikupas kulitnya dan dikisar isinya bersama gula dan air.
  2. Tuang jus mangga itu ke dalam jag besar.
  3. Kemudian, masukkan yogurt, air Sprite atau 7 Up.
  4. Masukkan juga sagu biji ke dalam jag tadi.
  5. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ais kiub.
  7. Manggo Lassy ini siap untuk dinikmati.

Sabtu, 3 Mei 2014

Rendang Ayam Rempah biji

Kiriman: syamieda

Bahan-Bahan:

seekor ayam
Bahan A
10 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 sudu rempah biji
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

Bahan B

minyak untuk menumis
5 sudu kerisek
5 sudu kicap
garam secukup rasa
daun kunyit dimayang halus

Cara:

Bahan A digoreng dengan sedikit minyak. Kemudian dikisar. Gaul dan perap ayam dengan bahan A dan kicap. Tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang diperap. Masukkan kerisek. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun kunyit.

Tambahan:

Boleh dimakan bersama nasi, atau lemang, ketupat dan roti.