Bahan-bahan ( 2 orang makan )
- serbuk cheese.
- mayonis.
- sos cili.
- garam.
- setengah cawan tepung beras.
- 3 sudu tepung gandum.
- minyak untuk menggoreng.
- 3 biji kentang bersaiz sedang / besar.
Cara-cara
-
mula-mula rebus dulu kentang tu dalam sentengah masak je..
-
lepas rebus tu, celupkan dalam campuran kedua-dua tepung tu tanpa air.
-
goreng dalam minyak yang panas.
-
angkat kentang ke dalam pinggan setelah kelihatan keperangan. terpulang jika anda mahu lebih perang lagi.
-
letakkan ke atas pinggan yang beralas dengan tisu dapur untuk mengurangkan minyak pada kentang goreng itu tadi.
-
sementara kentang bersuhu biasa, bancuhkan serbuk cheese dengan air panas, kacau rata
-
setelah siap, kentang wedges tadi boleh la dimakan bersama-sama sos cili, mayonis dan serbuk cheese tadi.
-
selamat mencuba, pasti anda tidak akan menyesal... lepas ni tak payah la pergi ke kfc lagi..... hehehe
oleh: wanizmawati
Bahan-bahan (50-60 ketul)
- 130gm mentega
- 60gm gula aising
- 160gm tepung gandum
- 20gm tepung jagung
- 20gm tepung kentang
- 10 gm tepung kastad
- 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 20gm serbuk badam
- Topping
- coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
- butiran permata, sebagai hiasan
Cara-cara
-
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian
campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik
dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
-
Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan
teram dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur
diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.
-
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
-
Ini pula adalah contoh penggelek gerigi yang juga selalu
kita gunakan untuk buat tart gulung dan contoh acuan untuk buat Biskut
Fancy Ice Cream.
oleh: DianaA
Bahan-bahan ( 8 org )
- 2 bungkus mee kuning (di bilas dgn air dan ditoskan.)
- 1 bungkus daging kisar (any brand, kalau nak ayam kisar pun boleh)
- segenggam taugeh
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili kisar
- 2 biji telur
- 1 biji cili merah dihiris
- sedikit daun bawang dan daun sup dicincang
- bawang goreng
- 1 sudu besar sos tiram dan 1 sudu kecil sos ikan
- kicap manis dan garam secukup rasa
Cara-cara
-
daging kisar di gaul bersama sos ikan dan sos tiram dan dibiarkan seketika.
-
bawang putih dan bawang merah di kisar dan di tumis sehingga naik bau.
-
masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
-
masukkan garam. gaul rata.
-
masukkan daging kisar yang telah diperap tadi, tambahkan secawan air dan biar seketika.
-
masukkan mee serta taugeh dan gaul rata.
-
setelah rata buatkan ruang ditengah dan pecahkan telur masukkan kicap. sekali lagi gaul rata.
-
kacap boleh di tambah jika tidak cukup. gaul hingga masak.
-
hidangkan bersama hirisan cili, taburan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
oleh: goldenmanja
Bahan-bahan: Makes 12
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila
Kaedah penyediaan:
- Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
- Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
- Cucuk-cucuk
pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau
sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
- Sementara itu sediakan bahan isian cheese.
Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan
Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di
atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah
sukatan ini kepada separuh.
Kaedah penyediaan:
- Pukul cheese dan telur hingga sebati.
- Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
- Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
- Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya.
- Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
- Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.
Sumber: FP Akak Rinnchan