Bahan-bahan ( 2 orang makan )
- serbuk cheese.
- mayonis.
- sos cili.
- garam.
- setengah cawan tepung beras.
- 3 sudu tepung gandum.
- minyak untuk menggoreng.
- 3 biji kentang bersaiz sedang / besar.
Cara-cara
- mula-mula rebus dulu kentang tu dalam sentengah masak je..
- lepas rebus tu, celupkan dalam campuran kedua-dua tepung tu tanpa air.
- goreng dalam minyak yang panas.
- angkat kentang ke dalam pinggan setelah kelihatan keperangan. terpulang jika anda mahu lebih perang lagi.
- letakkan ke atas pinggan yang beralas dengan tisu dapur untuk mengurangkan minyak pada kentang goreng itu tadi.
- sementara kentang bersuhu biasa, bancuhkan serbuk cheese dengan air panas, kacau rata
- setelah siap, kentang wedges tadi boleh la dimakan bersama-sama sos cili, mayonis dan serbuk cheese tadi.
- selamat mencuba, pasti anda tidak akan menyesal... lepas ni tak payah la pergi ke kfc lagi..... hehehe
oleh: wanizmawati