Mee kuning 1 kg.
Cili kering 20~30 tangkai.
4 ulas bawang putih.
100 ml cuka.
7~8 sudu gula.
Garam.
Sedikit air (2~3) sudu.
Minyak untuk menumis & menggoreng.
Cara-cara
- Mula-mula kena jemur mee sampai kering
- Setelah kering, bolehlah digoreng hingga kembang garing
- kemudian sediakan bahan sira pula
- Kisar cili kering bersama bawang putih
- Panaskan minyak untuk menumis sambal sira
- Tumis cili yang telah dikisar bersama bawang putih tadi hingga garing
- dah garing, masukkan gula, garam ,gaul sekejap dan masukkan cuka
- Gaul hingga pekat, masukkan sedikit air sekiranya gule terlalu pekat
- dah agak-agak siap sambal tu, tutup api dan masukkanlah mee yang dah digoreng tadi . Gaul rata biar semua kena ngan sambal sira tu..
- Selamat Mencuba!!!
oleh: syidamustafa