2 keping tauhu ~ digoreng & potong dadu.
2 - 3 pokok sawi ~ dipotong2 & asingkan bahagian batang & daun, cuci bersih & tos berasingan.
1/2 - 1 batang lobak merah ~ dihiris batang mancis.
2 ~ 3 sudu besar sos tiram.
sedikit air.
garam jika perlu.
3 ulas bawang merah ~ dihiris.
2 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang.
minyak untuk menumis.
Cara penyediaan
Panaskan minyak &
tumiskan bawang putih & merah hingga wangi. Masukkan lobak merah
& batang sawi kacau rata. Masukkan sikit air & sos tiram. Kacau
hingga lobak agak empuk. Masukkan daun sawi & tauhu & kacau
rata. Rasakan jika kurang masin boleh tambahkan garam lagi atau boleh
juga tambahkan sesudu lagi sos tiram.
sumber dari : http://mamawandiha.blogspot.com/
sumber dari : http://mamawandiha.blogspot.com/