Jumaat, 19 September 2014

Serunding Kelapa Berdaging

Bahan-bahan ( blh mkn & simpan.. )

  • 1 kg daging lembu - dipotong nipis.
  • 2 biji kelapa parut - putih nya saja.
  • 20 tangkai cili kering,11 bj bawang merah,7bj bawang putih,5 btg serai,3cm halia muda & 2cm lengkuas - dimesin halus.
  • 1 sudu mkn jintan manis, 1/2 sudu mkn jintan putih & 2 sudu besar biji ketumbar - dimesin.
  • 5 sudu besar gula.(blh kurangkn jika xsuka manis)
  • 1 sudu mkn air asam jawa & garam secukup rasa.
  • 1 senduk miyak masak.

Cara-cara

  1. dlm kuali, satukn kelapa parut,daging & bahan2 yg dimesin halus. ramas hingga sebati.kalau tkut tngan pedas,gaul je lh ngn sudip.
  2. masak dgn api sderhana.bila mendidih & air daging tlh keluar, tutup kuali smbil kecilkn api.biar daging merenih.
  3. bila airnya telah kering, tambahkn 1 senduk minyak masak.pada tahap ini,serunding kena dikacau selalu spya x hangus.
  4. masukkn pula rempah ketumbar,jintan yg tlh dimesin td, gula & garam. suaikn rasanya smbil dikacau selalu.
  5. bila serunding telah kering, daging tlh empuk & warnanya agak gelap bleh lh diangkat.bleh lh dimakan bersama pulut, nasi impit & jgk lempeng...
oleh: kakbesah

Khamis, 18 September 2014

Ikan tumis kunyit

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 ekor ikan (di potong kecil dan goreng setelah digaul dgn serbuk kunyit dan garam) *jenis ikan ikut suka*
  • 2 biji bawang merah ( tumbuk )
  • 1 biji bawang putih ( tumbuk )
  • 1/2 inci halia ( tumbuk )
  • 1/2 inci kunyit hidup ( tumbuk )
  • 1/2 labu bawang besar ( hiris )
  • 1/2 cawan air asam (asam jgn banyak cukup syarat jer )
  • 1 cawan air
  • Bahan perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bancuhan tepung jagung (untuk memekat kuah)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk.hingga naik wangi
  2. Masukkan bawang besar,air asam,air,masak hingga kuah mula mendidh..
  3. Masukan bahan perasa,bancuhan tepung jagung.gaul lagi biar seketika hingga kuah pekat kecilkan api.
  4. Akhir masukan ikan yang telah di goreng td.gaul sebati biar 2 minit,matikan api..hidang dengan nasi putih
  5. Bagi yang suka pedas boleh tambah cili padi...
oleh: Miezah aimoja

Nasi Minyak Pancawarna

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 4 cwn beras (cuci bersih & toskan)
  • 2sdb minyak sapi (ghee)
  • 1sdb mentega/marjerin
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 btg serai (dititik shj)
----> Bahan A <----
  • 900ml air + 1 kiub stok ayam
  • 200ml susu cair
  • 1 bj tomato (potong kiub)
----> Bhn B - kisar (halus) <----
  • 3 ulas bwg merah (kecil)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1.5cm halia
----> Bhn C - tumis <----
  • 3-4 kuntum bunga cengkih (clove)
  • 2-3 kuntum bunga lawang (star anise)
  • 1 (4-6cm pnjg) btg kulit kayu manis (cinnamon stick)
  • 2-3 biji buah pelaga (cardomom)
----> Bhn lain <----
  • Perwarna merah, kuning dan hijau (nak warna lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Panaskan kuali bersama myk sapi & marjerin. Bila dah panas, masukkan kesemua bhn C.
  2. Tumis skejap sblm memasukkan bhn B. Tumis hingga layu sahaja dan kemudian masukkan beras, daun pandan & serai. Kecilkan api dan kacau2 sket, dan biar dahulu.
  3. Sementara tu, kacau rata bhn A dalam rice cooker dan on-kan. Teruskan kacau2 beras dalam kuali td dlm 20-30saat lagi sebelum dituang masuk ke dalam rice cooker berisi campuran susu & air tu. Kacau sebati dan biarkan ia ditanak.
  4. Bila hampir kering air didihan nasi, buka lid periuk nasi dan titikkn ketiga2 warna di tiga tempat berasingan. Selepas itu jangan kacau/karih nasi, biar ia betul2 masak. Bila dah betul2 masak, baru kacau/karih/gembur2kan nasi supaya warna2 td berserakan. Angkat dan letak dlm bekas.
  5. ---> Nota: Jika suka kismis, masakkan sekali bersama beras, atau sbg hiasan aje pun boleh (bersama bwg goreng).
oleh: alma

Yogurt Fried Chicken

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Bahan (A)
  • 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
  • 1 cwn/250ml plain yogurt
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
  • 2 inci halia ~ ditumbuk halus
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
Bahan (B)
  • 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne
  • secubit garam
  • -------------------------
  • jus lemon (optional)
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).
  2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
  4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
  5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
  6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
  7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa.
oleh: love2cook