Khamis, 18 September 2014

Nasi Minyak Pancawarna

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 4 cwn beras (cuci bersih & toskan)
  • 2sdb minyak sapi (ghee)
  • 1sdb mentega/marjerin
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 btg serai (dititik shj)
----> Bahan A <----
  • 900ml air + 1 kiub stok ayam
  • 200ml susu cair
  • 1 bj tomato (potong kiub)
----> Bhn B - kisar (halus) <----
  • 3 ulas bwg merah (kecil)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1.5cm halia
----> Bhn C - tumis <----
  • 3-4 kuntum bunga cengkih (clove)
  • 2-3 kuntum bunga lawang (star anise)
  • 1 (4-6cm pnjg) btg kulit kayu manis (cinnamon stick)
  • 2-3 biji buah pelaga (cardomom)
----> Bhn lain <----
  • Perwarna merah, kuning dan hijau (nak warna lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Panaskan kuali bersama myk sapi & marjerin. Bila dah panas, masukkan kesemua bhn C.
  2. Tumis skejap sblm memasukkan bhn B. Tumis hingga layu sahaja dan kemudian masukkan beras, daun pandan & serai. Kecilkan api dan kacau2 sket, dan biar dahulu.
  3. Sementara tu, kacau rata bhn A dalam rice cooker dan on-kan. Teruskan kacau2 beras dalam kuali td dlm 20-30saat lagi sebelum dituang masuk ke dalam rice cooker berisi campuran susu & air tu. Kacau sebati dan biarkan ia ditanak.
  4. Bila hampir kering air didihan nasi, buka lid periuk nasi dan titikkn ketiga2 warna di tiga tempat berasingan. Selepas itu jangan kacau/karih nasi, biar ia betul2 masak. Bila dah betul2 masak, baru kacau/karih/gembur2kan nasi supaya warna2 td berserakan. Angkat dan letak dlm bekas.
  5. ---> Nota: Jika suka kismis, masakkan sekali bersama beras, atau sbg hiasan aje pun boleh (bersama bwg goreng).
oleh: alma