Isnin, 15 September 2014

Cucur Udang..

Bahan-bahan ( 3orang makan )

  • 10ekor udang-buang kulit
  • 300g tepung gandum
  • 1/2 sudu/k soda penaik
  • Sayur kucai&taugeh
  • Air & garam secukupnya
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Bancuh tepung bersama air secukupnya.Jangan terlalu likat.Masukkan juga sedikit garam.
  2. Masukkan soda penaik,udang,kucai&taugeh.Gaul sebati.
  3. Panaskan kuali dgn minyak yg mencukupi.Goreng cucur sehingga kekuningan.Angkat.
  4. Potong cucur kpd 4 bahagian & bolehlah di cicah bersama sos cili.
oleh: farihafaizal