Bahan A:
10 biji telur gred A
330 gram tepung Hong Kong
1 sudu makan Ovallete
175 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanila
Bahan B:
225 gram susu pekat manis
450 gram mentega
Bahan C:
75 gram horlicks
300 gram kepingan coklat cadbury
1 sudu serbuk koko Van Houten
1 sudu serbuk browning hitam
Cara Penyediaan:
Panaskan pengukus.
Masukkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk dan pukul selama 5 minit. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan bahan B dan pukul selama 5 minit, kemudian
tuangkan bahan B ke dalam bancuhan bahan A tadi. Kacau hingga mesra.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian di campurkan dengan
Horliks dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko dan juga sedikit
browning.
Tuang 1 lapisan coklat di dalamloyang kek dahulu, tutup loyang dengan
aluminium foil dan kukus selama 10 minit. Buka aluminium foil dan tuang
satu lapisan Horliks, tutup semula dengan aluminiumfoil dan sambung
kukus selama 10 minit juga.
Kemudian buka aluminium foil dan susun coklat Cadburry di atasnya dan
tuangkan adunan seperti proses asal mengikut lapisan demi lapisan.
Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.
Selamat mencuba.
sumber : http://www.resepi4u.com