Khamis, 23 Oktober 2014

Labu Kuning Goreng

Bahan-bahan:

1 biji labu kuning sederhana besar | direbus dan dipotong dadu
150gm udang sederhana besar
2 biji cili merah | dibelah dua dan buang bijinya
2 ulas bawang putih
1sm halia
5 ulas bawang merah | dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
4 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk bersama cili merah hingga naik baunya.
  2. Masukkan daun kari, serbuk kunyit serta udang. Kacau hingga rata.
  3. Kemudian masukkan labu yang direbus sekejap dan biarkan masak hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
sumber : http://koleksiresepimama.blogspot.com/

Ayam Panggang Dangdut (paling mudah tapi enak)

Bahan-bahan

  • 5 ketul ayam
  • 2 sudu teh rempah sup (idah pakai jenama adabi)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar kicap
  • secubit garam
  • sebuah radio yang memasang lagu-lagu dangdut (Optional)

Cara-cara

  1. pasang lagu dangdut sambil membuat kerja memasak
  2. lumurkan rempah sup dan garam pada ayam
  3. kisarkan bawang putih dan halia bersama kemudian lumurkan juga pada ayam
  4. lumurkan pula kicap dan perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk
  5. selepas itu keluarkan nya dari peti sejuk dan bolehlah memanggang selama 25 atau 30 minit tp dgn api yang kecil (idah guna pemanggang ajaib are ikan tu je)
  6. apabila siap memasak bolehlah di hidangkan bersama nasi
 Submitted By

Rabu, 22 Oktober 2014

Asam Pedas Ikan Keli Berlada Hitam

Bahan-Bahan:

5 ekor ikan keli( direndam dengan air limau agar hilang hanyir)

Bahan A

15 biji lada kering
6 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
½cm halia
1 inci kunyit
20 biji lada hitam
15 helai daun kesum
kesemua bahan A dikisar

bahan B

100 ml minyak
sedikit gula
400 ml air
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
perisa penyedap rasa
20 helai daun kesum

Cara:

panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga mendidih,seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat kemudian masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.

Cadangan Hidangan:

bergantung kepada saiz ikan keli jika kecil boleh lah dimasak begitu sahaja tanpa di potong adalah lebih enak dihidangkan dengan nasi panas sungguh menyelerakan terangkat!!sampaikan mertua lalu tak nampak..

Kiriman: zulaiha binti sabtu

petang dengan lempeng pisang enak!

Apabila tiba waktu minum petang mesti juadah yang dihidangkan adalah daripada juadah yang manis-manis ataupun cucur udang dan banyak lagi.

Pernahkah anda pernah mencuba lempeng pisang? Lempeng pisang ini memang sedap dan sesuai dijadikan juadah petang yang pasti akan membuatkan anak-anak dan suami suka.

Jadi di sini kami ingin kongsikan resipi mudah menghasilkan

lempeng pisang yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
4 biji pisang berangan - dilenyek
1 ketul gula Melaka – diracik halus
½ biji kelapa parut
Sedikit tepung
Secubit garam

Cara Membuat:
• Lenyek pisang hingga lumat kemudian gaulkan dengan gula Melaka.
• Masukkan tepung dan garam secukupnya. Tambahkan kelapa parut dan gaul rata.
• Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak. Tuangkan bancuhan tadi di atas kuali. Apabila sudah masak atau kekuningan terbalikkan dan angkat.
• Ulangi langkah yang sama sehingga adunan habis.

Selamat mencuba!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/