250 gm mentega
90 gm gula halus (QH
guna gula kastor)
1 biji kuning telur gred A
1 sudu makan vanila
100 gm nestum (dikisar)
300 gm tepung gandum (QH
guna tepung Redrose)
25 gm serbuk koko (QH tambah)
Caranya
Pukul mentega dan gula sampai kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila Pukul sebati.
Masukkan tepung gandum/redrose dan nestum. Gaul
sampai sebati.
Bentukkan menggunakan penerap bulat atau buat bebola
dan leperkan sikit.
Atur di atas dulang pembakar yang digris. (QH mengunakan baking paper)
Topping 1
1 sudu makan Meringue Powder
1/4 cawan air sejuk
6 sudu makan gula icing
1 sudu makan tepung jagung
1 botol perisa cuppucino (utk hiasan)
Caranya
Pukul meringue powder dan air sehingga kembang.
Masukkan gula aising dan pukul kembang lagi.
Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
Topping 2
50 ml putih telur (QH
letak 150 ml)
150 gm icing sugar (QH
letak 375 gm)
1 sudu besar tepung jagung (QH
letak 2 1/2 sb)
QH asing 3 sudu kecil adunan dan
warnakan dengan warna Teal dari Ameri
Caranya
Pukul putih telur sampai kembang.
Selepas itu masukkan icing sugar. Pukul sampai
foamy. Masukkan tepung jagung. Pukul sampai kental, bila diangkat dengan sudu,
adunan tak jatuh. (QH asing 3 sudu kecil dan
warnakan dengan warna Teal-Ameri)
*
tip: adunan toping hendaklah digandakan.
Cara penyediaan biskut ice nestum
Selepas biskut diterap menggunakan acuan, susun di
atas loyang pembakar. Pipingkan topping ke atas biskut menggunakan piping
bag. Coretkan cappucino paste (QH
tak buat ini) ke atas topping mengikut corak anda sendiri. (QH ambil 3 sudu kecil adunan topping dan warnakan dengan
warna Teal dan lorekkan menggunakan cake tester, kalau tiada boleh guna pencungkil gigi atau lidi). Bakar 40 minit sehingga masak dengan suhu 130
celcius dgn menggunakan api atas dan bawah. (bergantung pada oven masing2,
Shima guna 150C) (QH ikut Kak Shima)
By: Kak Shima