Dessert yang sedap dan mudah untuk yang tidak sukakan karamel yang menggunakan telur.
Bahan-bahan ( saiz loyang 8 inci )
- (Sumber : Noraslinda Bugal) Bahan A (Karamel) : 3 sudu besar gula pasir, 2 sudu besar air, -Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan.
- Bahan B (Puding) : 1 paket agar2 serbuk 10 gram, 1 tin susu cair, 4 cawan air, 1/2 cawan susu pekat manis, 1/2 cawan gula pasir, 2 sudu besar tepung kastard, 1 sudu teh esen vanilla.
Cara-cara
- Satukan semua Bahan B, Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel, -Bila mendidih dan agak pekat, tutup api, -Tapis adunan dan tuang dlm loyang karamel tadi, Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
oleh: Surianti