Kali ini kami akan berkongsi bagaimana cara menyediakan Sambal Goreng
Jawa dan resipi ini boleh sahaja di ubah suai mengikut citarasa dan
kreativiti anda.
Bahan yang perlu digoreng:
3 keping tempe (dijual dalam bungkusan plastik)
4 keping tauhu
Bahan yang perlu dikisar:
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Bahan-bahan lain:
6 sudu cili boh
10 batang kacang panjang
10 gram suun (direndam)
4 keping tauhu kering (direndam)
2 batang lada merah dan hijau (dihiris untuk hiasan)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara menyediakannya:
Bahan yang perlu digoreng:
3 keping tempe (dijual dalam bungkusan plastik)
4 keping tauhu
Bahan yang perlu dikisar:
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Bahan-bahan lain:
6 sudu cili boh
10 batang kacang panjang
10 gram suun (direndam)
4 keping tauhu kering (direndam)
2 batang lada merah dan hijau (dihiris untuk hiasan)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara menyediakannya:
- Tauhu, tempe dan kacang panjang dipotong serong.
- Tauhu dan tempe digoreng tiga suku masak dan ketepikan.
- Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga wangi.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sehingga rata.
- Masukkan pula tauhu dan tempe yang sudah digoreng, kacang panjang, suun dan tauhu kering.
- Tabur garam dan gula secukup rasa.
- Kacau sehingga rata dan sedia untuk dihidang.
[Kredit resipi: Berita Harian]