Kuih orang lama. Hati-hati untuk yang pakai gigi palsu...tercabut naya...Hi hi hi
Bahan-bahan ( 35 biji(saiz besar sikit daripada ibu jari dewasa) )5 cawan tepung pulut
- 2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
- 1/2 cawan gula merah
- 8-10 sudu makan gula pasir
- 1/2 sudu garam
- daun pisang secukupnya untuk balut.
Cara-cara
- Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.
- Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.
- Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.
- Ambil sedikit dan gentel (utara- gelinte) menjadi panjang. Letakkan atas daun pisang. Lipat macam tepung bungkus.
- Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.
- Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.
- Apabila dah sejuk..makan le.
- **Walaupun ianya liat tetapi tak melekat kat daun pisang sebab ada santan. Selamat mencuba.***
oleh: maksu om