Isnin, 30 Jun 2014

Pajeri Nenas Utara

Bahan-Bahan:

1 biji nenas
1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
1 tangkai kayu manis
1 biji bunga lawang
2 sudu minyak masak
½ sudu besar gula putih
½ sudu besar gula merah
1 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ peket rempah kari (daging/ayam)
sedikit garam
sedikit kerisik

Cara:

  1. Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari.
  2. Masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi.
  3. Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas.
  4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Sesuai dimakan bersama dengan nasi putih yang panas.

Kiriman: nor fardizla bt hj omar