Bahan-bahan ( 1kg lebih )
- 1 cwn serbuk koko 1 cwn gula pasir 1 cwn susu cair 1 cwn minyak masak@butter di cairkan 1/2 cwn susu pekat manis 1 1/4 cwn tpg gandum 1 s/t baking powder 1 s/t soda bicabonate 1 s/t nescafe 3 biji telur
Cara-cara
Campurkan koko,gula,susu cair,susu pekat,nescafe dan minyak ke dlm periuk masak hingga larut atas api sederhana.Biarkan sejuk. Tepung,soda dan baking powder di ayak . Telur dipukul hingga kembang dan masukkan kedlm adunan koko tadi.Gaul rata dan masukkan tepung yg sudah diayak tadi gaul lagi guna senduk pun blh.Tuang ke dlm loyang 8"[ adunanni akan naik].Tutup atasnya dgn aluminium foil agar tidak dimasukki wap.Kukus 1jam. Topping:1/2 cwn koko, 1/2 cwn susu pekat,2 sudu besar minyak masak, sedikit nescafe jika suka. cara:Masukkan semua bahan dlm periuk,dgn api sederhana kacau rata nampak dah larut dan bekilat angkat.Tuang atas kek.
oleh: mas.berry74