BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam yang berat 1.6 -1.8 kg potong 8 ketul. Sekiranya anda
dapat beli cuma 8 peha ayam penuh ia lebih molek. Bersihkan ketulan
ayam dan peramkan dengan
1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam,
1/2 sudu
kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit - 1jam.
Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak.
Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit
sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya
“grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada
permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan
ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak
punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan
sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan
dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi
ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng
sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya
masak penuh jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi
kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.
Bahan-Bahan untuk Tumis Ketulan Ayam:
2 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
1 biji karot besar disagat atau dipotong bulat/ kacang campur frozen.
1 sudu besar pes hali bawang putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.
1 keping kulit kayu manis.
10 biji buah pelaga.
10 kuntum bunga cengkih.
1/2 sudu kecil teh (tsp) garam atau cukup rasa.
1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
3 sudu besar tomato puree.
1/2 tin tomato sup kimball.
1/2 tin susu sejat.
CARA PENYEDIAAN:
- Gunakan minyak yang sama goreng ayam dan ditambah 1 sudu minyak
sapi (itu pun kalau suka) dipanaskan kembali, masukkan hirisan bawang,
goreng hingga layu (jangan sampai garing), masukan lobak/ atau kacang
campur hijngga layu.
- Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, serbuk ketumbar,
serbuk jintan putih, serbuk cili, dan garam masala dan garam. Kemudian
masukan pes halia bawang putih. Goreng sehingga bau haruman rempah
dikeluarkan. Masukkan ketulan ayam tadi. Tutup periok anda dan perlahan
api untuk ayam masak 1/2.
- Bila ketulan ayam masak 1/2 , masukkan puree tomato, sup tomato
dan susu cair. Tambahkan kiub ayam, perlahankan api dapur. Biarkan
kuahnya menjadi pekat (pes). Keluarkan ketulan ayam saja. Biarkan
kuahnya.
- Masukan air (air untuk masak beras basmathi ialah nisbahnya 1:1
bermakna masukan beras dalam bekas dan ratakan paras dan tandakan paras
beras. Sukatan air adalah sama dengan paras beras. Jangan lupa sukatan
ini walau pun anda masak jumlah yang besar. Ini formulanya. Biarkan air
mendidih dan masukkan beras yang ditapis kering. Untuk sedap lagi anda
boleh masukkan 1-2 kiub ayam dan sedikit gula kedalam kuahnya. Rasa
airnya untuk kemasinan yang sesuai biasanya 1/2 sudu kecil garam sudah
memadai untuk resepi ini.
Penyediaan Nasi:
1 kg basmathi di basuh dan direndam selama 1/2 jam ( mamak haji suka
rendam dalam bekas air panas selama 3-4 minit, kacau rata dan terus
tapiskan air untuk mempercepatkan proses rendaman ini, cara ini lebih
baik dari rendam beras). Tentang basmathi ini ramai pengunjung blog
bertanyakan jenama terbaik. Kualiti beras basmathi terletak pada size
panjang atau pendek. Kalau panjang harga pun lebih panjang dan tinggi.
Maka terpulanglah pada anda untuk memilihnya. Masukan beras bila air
mula mendidih. Bila nasi mula masak kacau perlahan-lahan (jangan sampai
butir nasi pecah).
Bila nasi mula sejat kecilkan api dapur ke minima supaya nasi
tidak hangus. Titiskan pewarna oren merah di tiga atau empat tempat
dimana gelembung udara dibebaskan. Ini bertujuan warna ini ke dasar
nasi. Cara warna ini untuk ada butir-butir nasi berwarna oren dan
mencantikan hidangan. Ia juga mengelakan keseluruhan nasi bertukar warna
dari warna asli masakan. Segera tutup tudung periok dan tentukan tiada
wap terkeluar dengan menggunakan gam tepung gandum atau lilit kain di
sekeliling periok (seperti menyediakan nasi beriani gam Johor). Setelah
masak terbalikan nasi supaya bahagian nasi yang belum masak akan ke
bawah dan bahagian bawah nasi naik keatas dengan menggunakan sudip.
Ratakan kembali nasi dan taburkan buah kismis dan buah badam yang telah
goreng tadi ke atas permukaan nasi.
Bila nasi telah siap anda boleh hidangkan dengan ketulan ayam sekali. Selamat mencuba.
Nota: anda bolehlah ubah cara masak dengan terus gunakan rempah
kurmak atau pun dengan rempah sup atau kari. Kalau mengikut resepi asal
tomato segar di kisar dan guna yogurt.