Isnin, 23 Jun 2014

Asam Tumis Batang Keladi

BAHAN-BAHANNYA

1 pokok keladi minyak (yang ni agak2 lah yea).
6 - 7 ketul isi ikan kurau masin (yang ni pun agak2 lah nak besar mana), rendam 30 minit dan toskan.
2 helai daun kunyit, disiat.
1 kiub pati ikan bilis (optional).
2 keping asam gelugor.
Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya.

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

6 biji bawang merah.
2 ulas bawang putih.
3 biji cili merah (buang biji kalau tak nak pedas).
1/2 inci kunyit hidup.
CARA MEMBUATNYA
  1. Keladi minyak diasingkan ubi dan batangnya. Kupas ubi keladi, potong kiub, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk, toskan. Batang keladi dibuang kulit luar, kemudian kerat pendek (kurang lebih sejengkal). Cuci dan celur 5 minit dalam air mendidih yang ditambah sekeping asam gelugor, toskan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), masukkan keladi dan kiub ikan bilis (jika guna). Masak hingga keladi empuk.
  3. Masuk batang keladi, baki asam gelugor, isi ikan masin kurau dan daun kunyit. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan telur dadar...
CATATAN MAT  :- Kenapa isi ikan masin kurau letak kemudian?..Ini kerana, kalau anda leta k awal sah2 isinya akan hancur bersepai dalam kuah. Jadi sila letak kemudian. Satu lagi rasa dulu kuahnya baru ditambah garam secukup rasa....harap dapat membantu...Selamat mencuba!!..
 
sumber dari : http://www.tiffinbiru.com/