Bahan-bahan ( size 8" )
- 80gm cendol 100gm jagung manis dalam tin
- Bahan Lapisan Bawah 60gm tepung beras 30gm tepung hoen kwe 100gm gula halus 1/4 sudu teh garam 300ml santan pekat KARA 200ml air.
- Bahan Lapisan Atas 30gm tepung beras 10gm tepung jagung 200ml santan pekat KARA 100ml sirap gula melaka (1/2 ketul gula melaka dimasak dgn 5oml air).
Cara-cara
- Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masak di dalam periuk non stick hingga mula pekat kemudian masukkan cendol dan jagung manis, kacau rata. Angkat dari api dan segera dituangkan kedalam loyang 8" yang telah disapu dengan sedikit minyak. Ratakan permukaan adunan dan kukus selama 15 minit.
- Satukan bahan lapisan atas, tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit sehingga lapisan nampak kental. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.
oleh: citarasawan