Bahan-bahan ( 4 biji )
Ala-ala bergedil tapi lebih rangup. Sukatan main agak2 je nih.. masa buat tu main campak-campak je.
- 2 biji ubi kentang saiz besar- direbus dan dilenyekkan.
- 1/2 biji bawang besar saiz sederhana - dicincang/potong dadu.
- 2 sudu besar daging cincang.
- 1 sudu besar mentega.
- garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
- Sos krim.
- 1 sudu besar mentega.
- 1 sudu besar tepung gandum.
- 1/2 - 1 cawan susu segar.
- garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
- 1 biji telur.
- breadcrumbs/serbuk roti secukupnya.
- minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara
- Panaskan mentega. Kemudian tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan daging, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga daging masak. Padamkan api. Masukkan pula kentang. Gaul rata. Kemudian ketepikan.
- Sediakan sos krim. Panaskan mentega di dalam periuk. Kemudian masukkan tepung. Goreng sehingga perang. Masukkan pula susu segar. SEntiasa kacau supaya tidak berketul. Masak sehingga pekat.
- Masukkan 2 ke dlm 1. Gaul sehingga sebati. Kemudian buat bentuk bulat.
- Panaskan minyak masak. Celup potato ke dalam telur. Kemudian cover dengan breadcrumbs. Goreng sehingga keperangan.
- Untuk sos tu saya campurkan mayonis, sos cili dan sos tomato. Sedap dimakan begitu saja ataupun dgn sos.
oleh: yani